Ucapan Imam Besar Masjid al Aqsa, Syeikh Ali Al Abbasi tentang jama'ah Tabligh

  •  Terjemahan ucapan Imam Besar Masjid al Aqsa, Syeikh Ali Al Abbasi
tentang jama'ah Tabligh di majlis perasmian "Islamic Literacy Movement of India" (ILMI) pada 2 Mac 2014 (Video)
.
  • Kepentingan Kerja Dakwah & Tabligh - Sheikh 'Ali Umar Yaakub Abbasi
"Ahli tabligh mereka adalah golongan yang keluar di Jalan Allah 3 hari dan 4 hari dan 4 bulan semata-mata untuk mempelajari sifat sidq(benar), dan sifat pertama yang dipelajari adalah 

لا اله إلا الله محمد رسول الله "
.
"Dan saya mau  kalian, siapa yang keluar bersama jamaah tabligh, silakan angkat tangan kalian, supaya saya dapat melihat berapa jumlah kalian."
.
"Maasya Allah, Maasya Allah!"
.
Beliau sendiri telah ke Nizamuddin, New Delhi, India pada tahun 1998 dan keluar 4 bulan dalam usaha ini. Beliau sendiri pun telah ke Ijtema' Tongi (Bangladesh) dan pernah meluangkan masa buat seketika di Pakistan. Beliau berkata, “ Awak mungkin tertanya-tanya apakah yang saya dapat, dalam usaha ini sebagai Imam Masjid al Aqsa ? Ya mungkin saya sudah memperolehi sarjana peringkat tertinggi dalam bahasa Arab. Tapi, ingin saya tekankan di sini, banyak sekali ilmu yang saya pelajari, amalan agama saya meningkat, dan keperibadian saya pun telah meningkat pabila saya khuruj (islah diri).."

"Ahli tabligh mereka adalah golongan yang keluar di Jalan Allah 3 hari dan 4 hari dan 4 bulan semata-mata untuk mempelajari sifat sidq(benar), dan sifat pertama yang dipelajari adalah 

لا اله إلا الله محمد رسول الله "

"Dan saya mahu daripada kalian, sesiapa yang keluar bersama jamaah tabligh, sila angkat tangan kalian, supaya saya dapat melihat berapa jumlah kalian."
"Maa-sya Allah, Maa-sya Allah!"

"Alhamdulillah, ahli tabligh ramai di Palestin, ramai di antara mereka ada di Mekah dan Madinah, begitu juga di Arab Saudi, mereka juga wujud di Dubai, di Kuwait, di Qatar, dan di Mesir sangat ramai." "Begitu juga di Maghribi, Yemen, Sudan, Tunisia dan Lubnan."
"Alhamdulillah, di seluruh tanah Arab, wujud jamaah tabligh yang sangat ramai.""Sekarang tabligh wujud di Amerika Syarikat." "Sekarang tabligh wujud di England." "Di Paris, di Jepun, di China.."
"Di seluruh tempat , Alhamdulillah... di setiap masjid di seluruh dunia wujud jamaah tabligh."
"Kami, di negara Arab, di Palestin.. kami semua menyukai jamaah tabligh."
"Adakah kamu semua menyukai jamaah tabligh seperti mana kami menyukainya?"
"Terima kasih kepada kalian semua."
"Tabligh ini merupakan satu usaha yang murni.."
"Ini merupakan usaha Nabi صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله أجمعين "
"Tabligh bukannya usaha Maulana Muhammad Al Kandhlawi.."
"Bukan juga usaha Maulana Muhammad Yusuf Al Kandalawi.."
"Bukan juga usaha Maulana Hadhratji In'amul Hassan.."
"Usaha tabligh ini merupakan usaha peninggalan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, usaha Abu Bakar, usaha Umar dan usaha semua sahabat رضي الله أجمعين" "Tabligh ini diibaratkan seperti solat, seperti puasa, seperti zakat." "Walau apa jua, tidak mesti tidak, harus wujud tabligh.." "Tetapi wahai saudara ku sekalian, tidak cukup tabligh sahaja, tapi kena ada juga taklim." "Dan di sana ada ta'lim masail, dan ta'lim matsail ini khusus untuk golongan tertentu sahaja, bukannya untuk semua golongan, tapi khusus untuk ulama." "Tetapi ilmu fadha-il adalah untuk semua manusia dan seharusnya semua manusia mempelajari fadha-il 'amal." "Seperti mana harus dalam kalangan kita golongan yg mempelajari ilmu matsail, fatwa, kehakiman begitu juga sama pentingnya untuk ada golongan, kelompok dan juga pelajar yg mempelajari ilmu moden (العصرية)."

"Perlu ada muslim yang jadi ahli perniagaan/businessman, yang sibuk dengan perniagaan, pertanian dan juga perkilangan." "Seperti mana wujud muslim yang menjadi ulama dalam bidang kehakiman, fatwa begitu juga di dalam pertanian, perniagaan dan ilmu moden." "Ada yang menjadi doktor dalam bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi." "Jadi, dalam lapangan ilmu kemodenan, orang islam harus jua mengambil bahagian di dalamnya." "Tetapi jika kita gabung antara kedua ilmu agama dan ilmu moden, ini merupakan sesuatu yang sungguh sempurna dan cantik." "Alhamdulillah, saya pada hari ini telah solat subuh di Masjid Mekah (ILMI), dan apabila saya naik ke atas di tingkat empat, saya mendapati terdapat bilik kelas untuk pelajar ilmu sains moden yang belajar di masjid yang mana pelajar terbabit di bawah kelolaan "Islamic Literacy Movement of India".

"Saya suka akan usaha jemaah tabligh. Tapi harus juga ada di sana ta'lim. Taklim matsail dan juga taklim moden." "Seperti mana saya suka kalian menyokong usaha jemaah tabligh, jadi begitu juga saya suka kalian juga menyokong usaha Islamic Literacy Movement of India (ILMI)." (Syeikh Ali Al Abbasi kemudian mengucapkan penghargaan kepada pengetua, Maulana Samsuddin kerana mewujudkan usaha atas pergerakan ilmu kemodenan ini. Syeikh mendoakan semoga usaha ini akan berkembang pada setiap tahun.) Kemudian Syeikh Ali Al Abbasi meminta siapa yang tidak pernah khuruj untuk angkat tangan, dan Syeikh mendoakan, sesiapa yang tidak pernah khuruj (keluar berdakwah di jalan ALLAH Ta'ala) agar khuruj selama 3 hari. "Yang khuruj 3 hari saja, agar khuruj 40 hari, dan yang khuruj 40 hari akan khuruj selama 4 bulan..." Syeikh Ali Al Abbasi berkata dia sendiri pernah khuruj selama 4 bulan dan beliau telah mendapat banyak manfaat daripada khuruj tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar